nothing left…

March 24th, 2008 by dzaki

Subhanallah…what i`ve done all my life? every time i prays for sorry to Allah, i feel like want to die…my sins was so big..and big. i dun noe what should i do. did i prays for nothing? what my ibadah is meaning for? Ya Allah…ampunkan dosa ku. Aku berserah kepada mu. I scared..i fear. What i will get in kubur? what will i face after my last breath gone. mm..the most i scared, what ujian i will get after this. I count my time..every second. I have to do sumthing right now, but i dun noe…i need to wash my self. but i have no strength. i feel like all my ibadah just to full fill my daily schedule…no feeling. show off… maybe my tears also like that. priceless…air mata murahan…
mm…andai ku tahu, kapan bila ajal ku.. t`ingat lagu..
Ya Allah…Kau terima lah taubat kut…ambil lah nyawa ku jika sekiranya Kau telah terima taubat ku.. Aku bukan lah seorang pujangga yang pandai untuk menyusun kata-kata. Aku juga tidak tahu sepatutnye kah aku berkata begitu dalam doa-doa ku. Tetapi yang pasti ya Allah…aku amat takut dengan azab mu. Aku tidak kuat dengan ujian2 Mu Ya Allah… Ampunkan dosa ku Ya Allah..tutuplah keaiban ku dunia akhirat ya Allah.. tiada lah apa lagi yg ku harapkan selain keampunan Mu Ya Allah.. Aku telah lupa kepada Mu sejenak dalam hidup ku…aku berdoa tidak mengulangi nya lagi Ya Allah. ampunkan lah aku Ya Allah..

Sejadah..

June 5th, 2005 by dzaki

Godaan Iblis Guna Sejadah

Tengahari menjelang Zohor di mana ada salah satu Iblis sedang berada dalam
Masjid. Kebetulan hari itu adalah hari Jumaat di mana saat berkumpulnya
orang. Iblis sudah ada dalam Masjid ia kelihatan begitu khusyuk. Para

jemaah mulai memenuhi setiap ruang dalam masjid. Iblis menjelma menjadi
ratusan bentuk masuk dari segala penjuru samada atas jendela, pintu atau
pintu masuk tandas. Pada setiap orang, Iblis juga masuk dalam telinga,
saraf mata, urat nadi lalu menggerakkan denyut jantung setiap para jamaah
yang hadir. Iblis juga menyelinap di setiap sejadah.

"Hai, iblis!", panggil tuan imam ketika baru masuk ke Masjid itu. Iblis
merasa terusik : "Kau kerjakan saja tugasmu, tuan imam. Tidak perlu kau
menegah saya. Ini hak saya untuk mengganggu setiap orang dalam Masjid
ini!", dengus Iblis

"Ini rumah Tuhan, iblis! Tempat yang suci, kalau engkau mahu ganggu, kau
boleh lakukannya di luar nanti!", tuan imam cuaba mengusir Iblis itu.

"Tuan imam! hari ini adalah hari ujian bagi mencuba sistem baru". kata
Iblis membuatkan tuan imam tercengang.

"Saya sedang menerapkan cara baru untuk menjerat kaummu".

"Dengan apa?" tanya Tuan imam

"Dengan sejadah!" jawab Iblis.

"Apa yang boleh kau lakukan dengan sejadah itu, Iblis?"

"Pertamanya saya akan masuk ke dalam hati setiap pemilik saham industri
sejadah. Mereka akan saya ulikkan dengan mimpi untung besar. Sehingga,
mereka akan terus memeras buruh untuk bekerja dengan upah yang rendah demi
keuntungan besar!"

"Ah, itu kan memang cara lama yang sering kau pakai. Tidak ada yang baru,
Iblis?"

"Bukan itu saja tuan imam…" tegas Iblis.

"Lalu?" tanya tuan Imam lagi

Iblis menjawab, "Saya juga akan masuk pada setiap hati juru reka
sejadah.Saya akan menumbuhkan gagasan agar para juru reka itu agar membuat
sejadah yang lebar-lebar"

"Untuk apa?" tanya tuan imam

"Supaya, saya lebih berpeluang untuk menanamkan rasa ego pada setiap kaum
yang engkau pimpin, Tuan imam! Selain itu, Saya akan lebih bebas untuk
masuk dalam sof solat. Dengan sejadah yang lebar maka barisan sof akan
renggang. Dan saya ada di celah sof yang renggang itu. Di situ Saya boleh
ikut membentangkan sejadah". jawab Iblis dengan yakin.

Dialog Iblis dan Tuan imam terputus seketika.

Dua orang datang di mana keduanya membentangkan sejadah. Keduanya duduk
berdampingan. Salah seorangnya memiliki sejadah yang lebar manakala seorang
lagi membawa sejadah lebih kecil. Orang yang punya sejadah lebar seenaknya
saja membentangkan sejadahnya tanpa melihat kanan-kirinya. Sementara orang
yang punya sejadah lebih kecil merasa tidak enak hati jika harus mendesak
jamaah lain yang lebih dulu datang.

Tanpa berpikir panjang maka pemilik sejadah kecil membentangkan saja
sejadahnya sehingga bahagian sejadah yang lebar ditutupi sepertiganya.
Kemudian keduanya melakukan solat sunat

"Nah, lihat itu Tuan imam!", Iblis memulai dialog lagi.

"Yang mana?" Tuan imam bertanya

"Ada dua orang yang sedang solat sunat itu. Mereka punya sejadah yang
berbeza ukuran. Lihat sekarang, aku akan masuk di antara mereka". Seru
Iblis yang kemudiannya lenyap.

Iblis sudah menyelinap masuk ke dalam sof. Tuan imam hanya memerhatikan
sahaja kedua orang yang sedang melakukan solat sunat itu. Tuan imam akan
melihat kebenaran rancangan yang dikatakan Iblis sebelumnya.

Pemilik sejadah lebar, rukuk dan kemudiannya sujud. Tetapi ketika bangkit
dari sujud maka dia membuka sejadahya yang tertutup lalu meletakkan
sejadahnya di atas sejadah yang kecil. Hingga sejadah yang kecil kembali
berada di bawahnya.

Dia kemudian berdiri. Sementara itu pemilik sejadah yang lebih kecil telah
melakukan hal serupa. Ia juga membuka sejadahnya kerana sejadahnya telah
ditutup oleh sejadah yang lebar. Perkara ini terus berjalan sehingga
selesai solat.

Bahkan ketika solat Jumaat yang wajib juga kelihatan berlakunya kejadian
seperti itu di beberapa sudut dalam masjid itu.

Orang lebih memilih untuk berada di atas daripada menerima di bawah. Di
atas sejadah dapat dilihat bagaimana orang sudah berebut kekuasaan atas
lainnya. Siapa yang memiliki sejadah lebar, maka dia akan meletakkan
sejadahnya di atas sejadah yang kecil.

Sejadah sudah dijadikan oleh Iblis sebagai pembezaan kelas. Pemilik sejadah
lebar dikelaskan sebagai para pemilik kekayaan di mana setiap saat harus
lebih di atas daripada yang lain.

Dan pemilik sejadah kecil adalah kelas bawah di mana setiap saat akan
sentiasa menjadi orang yang dipandang rendah dari pandangan orang yang
berkuasa. Di atas sejadah, Iblis telah mengajari orang supaya selalu
menguasai orang lain.

"Astaghfirullahal adziiiim ", guman tuan Imam secara perlahan.

nice to read..

April 27th, 2005 by dzaki

Nura memerhatikan jam didinding, sudah dekat pukul 12.00 malam, argh..dia lambat lagi malam ini. Akhirnya sofa itu jugak menjadi katilnya malam ini. 003_b

2.00 pagi. "Nura, Nura bangun sayang". Hilmi mengejutkan isterinya."Eh! abang dah balik, maaf Nura tertidur, abang nak makan?" tanya Nura. " "Tak per lah abang dah makan tadi, Jomlah kita tidur diatas". Jawapan yang cukup mengecewakan Nura. "Arrggh rindunya Nura pada abang, rindu nak makan semeja dengan abang, abang tak nak tengok ker apa Nura masak hari ni, ikan cencaru sumbat kesukaan abang," luah Nura dalam hati. "Abang naiklah dulu Nura nak simpan lauk dalam peti ais dulu".pinta Nura sambil menuju ke dapur. Gugur air mata isterinya menyimpan kembali lauk-lauk yang langsung tidak dijamah suami tercinta kecil hatinya sedih perasaannya.

Nura ambil dua keping roti sapu jem dan makan untuk alas perut kerana dia sememangnya lapar, tapi selera makannya terbunuh dengan situasi itu. Nura menghirup milo panas sedalam-dalamnya dan akhirnya masuk bilik air gosok gigi dan terus menuju ke bilik tidur. Sekali lagi terguris hati seorang isteri apabila melihatkan suaminya telah terlelap. "Sampai hati abang tidur dulu tanpa ucapkan selamat malam tanpa kucupan mesra, tanpa belaian dan tanpa kata-kata kasih abang pada Nura", bisik hati kecilnya. Aargghh rindunya Nura pada abang. " Nura rindu nak peluk abang,Nura nak kucup abang, Nura rindu abang".

Selesai solat subuh Nura panjatkan doa semoga dia sentiasa beroleh bahagia, dipanjangkan jodohnya dengan Hilmi tercinta, diberi kesihatan yang baik dan paling panjang dan kusyuk dia berdoa semoga Allah berikan kekuatan untuk menempuh segala badai. Selesai menjalankan amanat itu, Nura kejutkan Hilmi, manakala dia bingkas menuju ke dapur menyediakan sarapan buat suami tersayang. Nura keluarkan ayam dan sayur dan mula menumis bawang untuk menggoreng mee.

"Assalamualaikum", sapa Hilmi yang sudah siap berpakaian untuk ke pejabat. "Waalaikumsalam, sayang". Nura cuba bermanja sambil menambah, "abang nak kopi atau teh?" Nura tetap kecewa apabila Hilmi hanya meminta air sejuk sahaja, dia ada ‘presentation’ dan hendak cepat, mee goreng pun hanya dijamah sekadar menjaga hati Nura dan tergesa-gesa keluar dari rumah. Nura menghantar pemergian suami hingga ke muka pintu "Abang, Nura belum cium tangan abang, abang belum kucup dahi Nina", kata Nina selepas kereta itu meluncur pergi. Arrghh rindunya Nura pada abang.

"Mi, semalam pukul berapa kau balik?" tanya Zikri.
"Dekat pukul 2.00 pagi". Jawab Hilmi acuh tak acuh.
"Wow dasyat kau, kalah kami yang bujang ni, woi semalam malam Jumaat ler, kesian bini kau". Zikri bergurau nakal.
"Apa nak buat, lepas aku siapkan plan tu, aku ikut Saiful dan Nazim pergi makan dan borak-borak, sedar-sedar dah pukul 2.00", aku balik pun bini aku dah tidur."Balas Hilmi.
"Sorrylah aku tanya, sejak akhir-akhir kau sengaja jer cari alasan balik lewat, hujung minggu pun kau sibuk ajak member lain pergi fishing, kau ada masalah dengan Nura ke?". Zikri cuba bertanya sahabat yang cukup dikenali sejak dari sekolah menengah, sampai ke universiti malah sekarang bekerja sebumbung.
"Entahlah Zek, aku tak tahu kenapa sejak akhir-akhir aku rasa malas nak balik rumah, bukan aku bencikan Nura, kami tak bergaduh tapi entahlah". terang Hilmi.
"Well, aku rasa aku perlu dengar penjelasan lebar kau, aku nak dengar semuanya, tapi bukan sekarang. Lepas kerja jom kita keluar ok?". Usul Zikri. "Ok." Ringkas jawapan Hilmi sambil menyambung kembali merenung plan bangunan yang sedang direkanya.

Nura membuka kembali album kenangan itu. Tersenyum dia bila melihatkan saat manis dia diijab kabulkan dengan Hilmi. Majlis ringkas, hanya dihadiri sanak saudara dan rakan terdekat. Maklumlah yatim piatu, kenduri ini pun mujur sangat kakak sulungnya sudi mengendalikan. Saat-saat sebegini Nura teringat kembali alangkah indahnya sekiranya ibunya masih ada, akan diluahkan segalanya pada ibu tetapi sekarang, dia tidak punya sesiapa. Nina menangis sepuas hatinya. 5 tahun menjadi suri Hilmi, bukan satu tempoh yang pendek. Nura bahagia sangat dengan Hilmi, cuma sejak akhir-akhir ini kebahagiaan itu makin menjauh. Nura sedar perubahan itu, dan dia tidak salahkan Hilmi. Makin laju air matanya mengalir.

"Abang sanggup menerima Nura, abang tidak menyesal?". tanya Nura 5 tahun yang lepas.
"Abang cintakan Nura setulus hati abang, abang sanggup dan Insya- Allah abang akan bahagiakan Nura dan akan abang tumpahkan sepenuh kasih sayang buat Nura,". Janji Hilmi.
"Walaupun kita tidak berpeluang menimang zuriat sendiri?". Tanya Nina lagi. "Syyy…doktor pun manusia macam kita, yang menentukan Allah, Insya-Allah abang yakin sangat kita akan ada zuriat sendiri", Hilmi meyakinkan Nura. Nura masih ingat saat itu, apabila dia menerangkan pada Hilmi dia mungkin tidak boleh mengandung kerana sebahagian rahimnya telah dibuang kerana ada ketumbuhan. Harapan untuk mengandung hanya 10-20 peratus sahaja. Tapi Hilmi yakin Nura mampu memberikannya zuriat. Tapi, itu suatu masa dahulu, selepas 5 tahun, Nura tidak salahkan Hilmi sekiranya dia sudah mengalah dan terkilan kerana Nura masih belum mampu memberikannya zuriat. Walaupun Nura sudah selesai menjalani pembedahan untuk membetulkan kembali kedudukan rahimnya dan mencuba pelbagai kaedah moden dan tradisional. Arrghh rindunya Nura pada abang.

"Aku tak tahu macam mana aku nak luahkan Zek, sebenarnya aku tidak salahkan Nura, dia tidak minta semuanya berlaku, isteri mana yang tidak mahu mengandungkan anak dari benih suaminya yang halal, tapi…" ayat Hilmi terhenti disitu.
"Tetapi kenapa? Kau dah bosan? Kau dah give up? Celah Zikri.
"Bukan macam tu, aku kesian dengan dia sebenarnya, duduk rumah saja, sunyi, tapi sejak akhir-akhir ini perasaan aku jadi tak tentu arah, aku rasa simpati pada dia, tetapi kadang-kadang perasaan aku bertukar sebaliknya", terang Hilmi.
"Maksudnya kau menyesal dan menyalahkan dia? tingkas Zikri. "Entahlah Zek, aku tak kata aku menyesal, sebab aku yang pilih dia, aku tahu perkara ni akan berlaku, cuma mungkin aku terlalu berharap, dan akhirnya aku kecewa sendiri. Dan aku tidak mahu menyalahkan Nura sebab itulah aku cuba mengelakkan kebosanan ini, dan elakkan bersama-samanya macam dulu kerana aku akan simpati aku pada dia akan bertukar menjadi perbalahan " Jelas Hilmi.
"Dan kau puas hati dengan melarikan diri dari dia? kata Zikri tidak berpuas hati dan menambah, "apa kata korang ambil saja anak angkat?"
"Anak angkat tak sama dengan zuriat sendiri Zek, kau tak faham. Aku harapkan zuriat sendiri dan dalam masa yang sama aku tahu dia tak mampu, ibu dan kakak-kakak aku pun dah bising, mereka suruh aku kawin lagi, tapi aku tak sanggup melukakan hati dia Zek. Aku tak sanggup". Ujar Hilmi.

Nura masih menanti, selalunya hujung minggu mereka akan terisi dengan pergi berjalan-jalan, membeli belah, atau setidak-tidaknya mengunjungi rumah saudara mara atau menjenguk orang tua Hilmi dikampung. Kini dah hampir 5 bulan mereka tidak menjenguk mertua dia. Dia sayangkan mertua dan iparnya yang lain macam saudara sendiri. Dia tidak punya ibu, maka dengan itu seluruh kasih sayang seorang anak dicurahkan kepada kedua mertuanya. Sebolehnya setiap kali menjenguk mertua atau kakak-kakak iparnya dia akan bawakan buah tangan untuk mereka, biasanya dia akan menjahit baju untuk mereka, itulah yang selalu dibuat untuk menggembirakan hati mertuanya, maklumlah dia punya masa yang cukup banyak untuk menjahit. Selalunya juga dia akan buatkan kek atau biskut untuk dibawa pulang ke kampung suami tersayangnya. Dan mereka akan gembira sekali untuk pulang ke kampung, tapi kini…aarghh rindunya Nura pada abang. Nura tahu Hilmi pergi memancing sebab dia bawa bersama segala peralatan memancing, dan hari ini sekali lagi Nura menjadi penghuni setia rumah ini bersama setianya kasihnya kepada Hilmi. Nura masih tidak menaruh syak pada Hilmi, dia masih cuba memasak sesuatu yang istemewa untuk Hilmi bila dia pulang malam nanti, tapi Nura takut dia kecewa lagi. Arghh tak apalah, demi suami tercinta.Aaarggh Rindunya Nura pada abang.

"So you dah tahu i dah kawin, tapi you masih sudi berkawan dengan I kenapa? Adakah kerana simpati atau ikhlas?" tanya Hilmi pada Zati yang dikenali dua minggu lepas semasa mengikut teman-teman pergi memancing. Sejak itu Zati menjadi teman makan tengaharinya, malah kadang teman makan malamnya.
"I ikhlas Hilmi, dan I tak kisah kalau jadi yang kedua, I dah mula sayangkan you". Zati berterus terang. Lega hati Hilmi, tapi Nura?

"Abang Nura tak berapa sihatlah bang rasa macam nak demam saja," adu Nura pagi tu, sebelum Hilmi ke pejabat.
"Ye ker? Ambil duit ni, nanti Nura call teksi dan pergilah klinik ye, abang tak boleh hantar Nura ni." jawapan Hilmi yang betul-betul membuatkan Nura mengalirkan air mata. Tidak seperti dulu-dulu, kalau Nura sakit demam Hilmi sanggup mengambil cuti, bersama-sama menemani Nura. Arrgg rindunya Nura pada abang. Disebabkan Nura terlalu sedih dan kecewa, dia mengambil keputusan tidak mahu ke klinik selepas makan dua bijik panadol, dia terus berbaring. Sehingga ke petang, badan dia semakin panas dan kadang terasa amat sejuk, kepalanya berdenyut-denyut. Nura menangis lagi.

Malam tu, seperti biasa Hilmi pulang lewat setelah menemani Zati ke majlis harijadi kawannya. Nura masih setia menunggu dan dia rasa kali ini dia ingin luahkan segala perasaan rindu dan sayangnya pada Hilmi. Tak sanggup lagi dia menanggung rindu yang amat sarat ini, rindu pada manusia yang ada didepan mata setiap hari. Aargh rindunya Nura pada abang. Apabila Hilmi selesai mandi dan tukar pakaian, Nura bersedia untuk membuka mulut, ingin diluahkan segalanya rasa rindu itu, dia rasa sakit demam yang dia tanggung sekarang ini akibat dari memendam rasa rindu yang amat sarat.
"Abang, Nura nak cakap sikit boleh?" Nura memohon keizinan seperti kelazimannya. "Nura, dah lewat sangat esok sajalah, abang letih," bantah Hilmi. "Tapi esok pun abang sibuk jugak, abang tak ada masa, dan abang akan balik lambat, Nura tak berpeluang abang". ujar Nura dengan lembut. "Eh..dah pandai menjawab,"perli Hilmi. Meleleh air mata Nura, dan Hilmi rasa bersalah dan bertanya apa yang Nura nak bincangkan. "Kenapa abang terlalu dingin dengan Nura sejak akhir-akhir ni? Tanya Nura. "Nura, abang sibuk kerja cari duit, dengan duit tu, dapatlah kita bayar duit rumah, duit kereta, belanja rumah dan sebagainya faham?" Hilmi beralasan. Nura agak terkejut, selama ini Hilmi tak pernah bercakap kasar dengan dia, dan dia terus bertanya, "dulu Abang tak macam ni, masih ada masa untuk Nura, tapi sekarang?" Ujar Nura. "Sudahlah Nura abang dah bosan, pening, jangan tambahkan perkara yang menyesakkan dada", bantah Hilmi lagi. "Sampai hati abang, abaikan Nura, Nura sedar siapa Nura, Nura tak mampu berikan zuriat untuk abang dan abang bosan kerana rumah kita kosong, tiada suara tangis anak-anak bukan? Dan Nura terus bercakap dengan sedu sedan. "Sudahlah Nura abang dah bosan, jangan cakap pasal tu lagi abang tak suka. Bosan betul…"

Pagi tu, Hilmi keluar rumah tanpa sarapan, tanpa bertemu Nura dan tanpa suara pun. Nura makin rindu pada suaminya, demamnya pula kian menjadi-jadi. Malam tu Hilmi terus tidak pulang ke rumah, Nura menjadi risau, telefon bimbit dimatikan, Nura risau, dia tahu dia bersalah, akan dia memohon ampun dan maaf dari Hilmi bila dia kembali. Nura masih menanti, namun hanya hari ketiga baru Hilmi muncul dan Nura terus memohon ampun dan maaf dan hulurkan tangan tetapi Hilmi hanya hulurkan acuh tak acuh sahaja. Nura kecil hati dan meminta Hilmi pulang malam nanti kerana dia ingin makan bersama Hilmi. Hilmi sekadar mengangguk. Tetapi malam tu Nura kecewa lagi. Hilmi pulang lewat malam. Demam Nura pulak makin teruk, dan esoknya tanpa ditemani Hilmi dia ke klinik, sebab sudah tidak tahan lagi. Abang pulanglah abang, pulanglah Nura ingin beritahu perkhabaran ini, pulang abang, doa Nura.

Nura kecewa tapi masih menanti, bila masuk hari ketiga dia sudah tidak sabar lagi, dia menelefon ke pejabat. Dan telefon itu disambut oleh Zikri. "Syukurlah Nura kau telefon aku, ada perkara aku nak cakap ni, boleh aku jumpa kau? tanya Zikri "Eh tak bolehlah aku ni kan isteri orang, mana boleh jumpa kau tanpa izin suami aku, berdosa tau", tolak Nura. Pilunya hati Zikri mendengar pengakuan Nura itu. Setianya kau perempuan, bisik hatinya. "Oklah kalau macam tu, aku pergi rumah kau, aku pergi dengan mak aku boleh?" pinta Zikri "Ok, kalau macam tu tak apalah, aku pun dah lama tak jumpa mak kau, last sekali masa konvo kita 6 tahun lepas kan?" setuju Nura. "Eh kenapa pucat semacam ni? tegur Mak Siti. Nura hanya tersenyum penuh makna, dan membisik, "Allah makbulkan doa saya mak cik". Pilu hati Mak Siti dan betapa dia sedar betapa Allah itu Maha Mengetahui apa yang Dia lakukan.

Segera Mak Siti mendapat Zikri di ruang tamu dan khabarkan berita itu. Zikri serba salah. "Nura, aku anggap kau macam saudara aku, aku tak tahu macam mana nak mulakan, aku harap kau tabah dan tenang, sebenarnya Hilmi dalam proses untuk berkahwin lagi satu, dan aku sayangkan korang macam saudara sendiri, dan aku tak sanggup rumah tangga korang musnah macam ni, kau tanyalah dengan Hilmi dan bincanglah, cubalah selamatkan rumah tangga korang." Terang Zikri. Nura menangis semahunya dibahu Mak Siti, rasa hampir luruh jantung mendengarkan penjelasan itu. Patutlah selalu tidak balik rumah. Berita gembira yang diterima pagi tadi, sudah tidak bermakna. Nura Menantikan Hilmi sehingga ke pagi, namun dia masih gagal.

Dua hari kemudian Hilmi pulang dan sibuk mengambil beberapa pakaian penting, dan masa ini Nura bertekad untuk bertanya. "Ya betul apa yang Nura dengar tu, dan kami akan langsungkan jugak, dan abang takkan lepaskan Nura, itu janji abang, mak ayah pun dah tahu dan mereka tak kisah asalkan abang tidak lepaskan Nura, kerana mereka juga sayangkan Nura, dan Nura kena faham abang inginkan zuriat sendiri, walau apa pun persiapan sedang dibuat, abang janji takkan abaikan Nura." Janji Hilmi.Nura sayu mendengar, dan bagaikan kelu lidahnya untuk berkata-kata. Dan segala perkhabaran gembira itu terbunuh menjadi khabar duka. Nura terlalu kecewa.

Hilmi masih menanti diluar, rasa amat bersalah bersarang dikepala, sejak dihubungi Zikri, dia bergegas ke hospital apabila dimaklumkan Nura pengsan dan mengalami pendarahan. Doktor dan jururawat keluar masuk. Dia masih resah. "Insya-Allah En. Hilmi, dua-dua selamat". terang doktor pada Hilmi. "Dua-dua apa maksud doktor? tanya Hilmi "Dua-dua ibu dan baby dalam kandungan tu, tapi dia kena banyak berehat kerana rahimnya tidak begitu kukuh, saya takut banyak bergerak akan menyebabkan berlaku keguguran, tapi kami dah mulakan injection untuk kuatkan paru-paru baby dan jahitkan rahim dia dan bersedia untuk early delivery dalam kes macam ni," terang doktor. "Ya Allah Nura mengandung, Ya Allah berdosanya aku pada Nura, kesal Hilmi. Malu rasanya untuk menatap muka Nura. "Kenapa Nura tak bagi tahu abang yang Nura mengandung? kesal Hilmi. "Nura memang nak bagitau abang tapi, bila abang cakap abang sudah bertunang dan akan berkahwin dengan perempuan Nura tak sampai hati bang, Nura tak sanggup abang malu dan keluarga abang malu." Jelas Nura. "Nura sebenarnya, abang belum bertunang dengan budak tu, abang cuma sekadar berkawan sahaja. Belum pernah abang bincangkan soal kawin lagi, dan abang tak sanggup nak teruskan hubungan tu lagi kerana abang akan jadi ayah tidak lama lagi." janji Hilmi.

Kesal kerana mengabaikan Nura yang mengandung itu, membuatkan Nura risau dan akhirnya pitam dihalaman rumah, mujurlah ada jiran nampak dan membawa kehopital, dan mujur jugak Nura pengsan dihalaman, dapat dilihat orang. "Mama kenapa mama buat tu, biarlah mak yang buat," marah Hilmi bila melihatkan Nura cuba menyapu lantai. Sejak keluar hospital hari tu, mertua dia meminta supaya Nura tinggal saja dirumah sehingga bersalin kerana dia memang tidak dibenarkan doktor melakukan sebarang kerja, bimbang keguguran kerana rahimnya tidak kuat. "Ala Papa ni, biarlah mama buat sikit sajalah."balas Nura. Itulah panggilan manja mereka sekarang ni. Dengan pengawasan rapi doktor, yang setiap dua tiga sekali akan melakukan pemeriksaan, dan bila usia kandungan mencecah 6 bulan, doktor mengarahkan supaya Nura hanya berehat dihospital, supaya senang mengawasi Nura dan andainya apa-apa berlaku Nura akan terus dibedah untuk menyelamatkan nyawanya dan bayi yang dikandung.

Setiap hari Nura akan dilawati oleh Hilmi. Nura amat bahagia, ternyata bayi yang dikandung membawa sinar, amat berharga kehadiran dia nanti, sebab itulah Nura sanggup tinggal dihospital , sanggup menelan berjenis ubat, sanggup disuntik apa saja semuanya demi bayi itu. Kandungan sudah dipenghujung 7 bulan, Nura amat bahagia merasakan gerakan-gerakan manja bayi yang dikandungnya. Setaip tendangan bayi dirasakan amat membahagiakan. Doktor makin teliti menjaga Nura, kerana bimbang berlaku pertumpahan darah, dan akhirnya apa yang dibimbangi para doktor menjadi nyata apabila Nura mengalami pertumpahan darah yang serius, lantas terus dia ditolak ke dalam bilik bedah dalam masa beberapa minit sahaja.

Hilmi tiba bersama ibu dan ayahnya, dia panik sekali, namun cuba ditenangkan oleh kedua orang tuanya. Hampir 1 jam berlalu, apakah khabarnya Nura di dalam sana. Hilmi makin risau, setengah jam kemudian doktor keluar. Hilmi meluru "doktor bagaimana isteri saya ?", Hilmi terus bertanya. "Sabar, kami telah cuba sedaya upaya, tahniah anak encik selamat, encik dapat anak perempuan, seberat 2.1 kilogram, dan kini kami cuba sedaya upaya untuk selamatkan Puan Nura Ain." terang doktor. "Apa maksud doktor? Tanya Hilmi yang sudah tidak sabar. "Begini, dia kehilangan banyak darah, kami cuba sedaya upaya menggantikan darahnya yang keluar itu, dan masih berusaha, namun rahimnya terus berdarah dan kami mohon kebenaran untuk membuang terus rahimnya demi menyelamatkan nyawanya." jelas doktor. "Buatlah doktor, saya izinkan asalkan isteri saya selamat."

"Ermmm…lekanya dia sampai terlena." tegur Hilmi sambil membelai dan mengusap kepala Nur Syuhadah yang terlena akibat kenyang selepas menyusu dengan Nura. Nura hanya tersenyum. Hari ni genap seminggu usia Syuhadah. Nura Ain masih lemah akibat kehilangan banyak darah. Namun dikuatkan semangat demi Nur Syuhadah buah hatinya. Dia mencium sepenuh kasih sayang pipi comel anaknya itu. Dia membelai sayu wajah comel itu. Entah kenapa dia rasa seperti terlalu sayu hari itu, hatinya terlalu sepi, semalam dia mimpikan arwah ibunya, datang menjenguk dia dan Syuhadah, tanpa suara, ibunya hanya tersenyum. Dan akhirnya berlalu begitu sahaja. Hari ini Nura menjadi seorang perindu, dia rindukan ibunya, dan diceritakan perkara itu pada Hilmi. "Mungkin mak Nura datang tengok cucu dia, dan dia amat gembira".pujuk Hilmi menenangkan Nura.

"Abang…tolong Nura bang!!" laung Nura dari bilik air. "Ya Allah Nura kenapa ni? Hilmi ketakutan. "Mak…tolong mak…makkkkkkkkkkk" Hilmi menjerit memanggil emaknya didapur. "Cepat, bawak pergi hospital, cepat Hilmi" perintah Mak Zaharah. "Maaf dia tidak dapat kami selamatkan, terlalu banyak darah yang keluar, dan kami tak sempat berbuat apa-apa, dia terlalu lemah dan akhirnya dia ‘dijemputNya", terang doktor.

Terduduk Hilmi mendengarkan hal itu. Jenazah selamat dikebumikan. Syuhadah seakan mengerti yang dia sudah tidak akan menikmati titisan-titisan susu Nura Ain lagi. Syuhadah menangis seolah-olah ingin memberitahu dunia yang dia perlukan seorang ibu, seorang ibu yang bersusah payah, bersabung nyawa demi untuk melihat kelahirannya. Demi membahagiakan papanya, demi membahagiakan neneknya. Syuhadah terus menangis seolah-olah tidak rela dia dipisahkan dengan ibunya hanya bersamanya untuk sekejap cuma. Semua yang hadir kelihatan mengesat mata, tidak sanggup mendengar tangisan bayi kecil itu. Semua terpaku dan terharu, Hilmi mendukung Syuhadah dan memujuk bayi kecil itu, akhirnya dia terlelap didakapan papanya.

Abang yang Nura rindui,

Abang maafkan Nura kerana selama ini tidak mampu menjadi isteri yang terbaik buat abang. Saat abang membaca surat ini, mungkin Nura sudah jauh meninggalkan abang, Nura tak harapkan Nura akan selamat melahirkan anak ini, tapi Nura harap bayi akan selamat walau apa yang terjadi pada Nura. Itu harapan Nura bang. Nura masih ingat, rumah tangga kita hampir runtuh kerana Nura tidak mampu memberikan zuriat buat abang, tapi bang, kali ni doa Nura dimakbulkan, dan untuk itu, biarlah Nura menanggung segala kapayahan demi zuriat ini bang.

Saat Nura menulis surat ini, Nura masih lagi menjadi penghuni setia katil hospital ini. Baby kita makin nakal bergerak bang, tapi Nura bahagia merasa tiap tendangan dia abang, Nura bahagia, cukuplah saat manis ini Nura dan dia. Nura rasakan setiap pergerakannya amat bermakna, dan andainya ditakdirkan Nura hanya ditakdirkan untuk bahagia bersama dia hanya dalam kandungan sahaja Nura redha bang. siapalah Nura untuk menolak ketentuanNya. Nura tak mampu abang. Cukup bersyukur kerana sekurang-kurangnya Allah makbulkan doa Nura untuk mengandungkan zuriat dari benih abang yang Nura cintai dan kasihi selamanya. Nura redha sekiranya selepas ini walau apa terjadi, Nura redha, kerana Allah telah memberikan Nura sesuatu yang cukup istemewa, dan andainya maut memisahkan kita Nura harap abang redha sebagaimana Nura redha. Syukurlah sekurang-kurang Allah berikan nikmat kepada Nura untuk merasai nikmatnya menjadi seorang ibu walau cuma seketika. Andai apa yang Nura takutkan terjadi, dan bayi ini dapat diselamatkan Nura harap abang akan jaganya dengan penuh kasih sayang.

Nura harap abang jangan biarkan hidupnya tanpa seorang ibu. Cuma satu Nura harapkan dia akan mendapat seorang ibu yang mampu menjaga seorang anak yatim dengan baik dan menjaganya dengan penuh kasih sayang. Seumur hayat Nura, Nura tak pernah meminta sesuatu dari abang, dan kini inilah permintaan Nura, janjilah anak ini akan mendapat seorang ibu yang penyayang. Abang yang Nura rindui… Dulu sewaktu rumah tangga kita dilandai badai, Nura ingin sangat ucapkan kata-kata ini pada abang, tapi Nura tak berkesempatan, dan walaupun kini Nura tiada lagi, tapi Nura nak abang tahu yang… Nura rindukan abang……Nura rindu sangat dengan abang…..rindu bang…rindu sangat…. Sekian,

Ikhlas dari nurani isterimu Nura Ain Bt. Abdullah

Hilmi melipat kembali surat itu, yang telah dibaca berulang kali dan kini dia amat rindukan Nura Ain…dan kini barulah dia sedar betapa berharga sebuah kerinduan itu….. Nura….abang juga rindukanmu sayang..bisik hati Hilmi.

kelahiran Rasulullah..

April 11th, 2005 by dzaki

Keajaiban dunia sempena kelahiran Rasulullah s.a.w………………..
Kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. pada 12 Rabiulawal, Tahun Gajah di Mekah
al-Mukarramah sebagai pembuka rahmat di pelosok alam semesta.Kelahiran
baginda menjadi seribu satu tanda bahawa baginda akan menjadi utusan
terakhir dalam menyampaikan risalah Islam. Ia merupakan peristiwa utama
dalam sejarah Islam.
Baginda mempunyai kelebihan luar biasa, bukan sahaja dilihat dalam konteks
sebelum kelahirannya tetapi dalam konteks semasa dan selepas dilahirkan.
Peristiwa luar biasa ini disebut sebagai Irhas. Irhas bermaksud satu
perkara luar biasa bagi manusia yang normal dan hanya diberikan kepada
bakal nabi. Irhas dikategorikan kepada tiga:
1. Irhas yang dinyatakan di dalam kitab yang tidak boleh diubah atau
dipinda.
2. Alamat-alamat kerasulan yang dibuktikan melalui perkhabaran daripada
orang alim melalui ilham dan sebagainya.
3. Kejadian luar biasa yang berlaku semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
Sehubungan itu, masih ramai masyarakat Islam yang sebenarnya tidak
mengetahui peristiwa di sebalik kelahiran baginda. Ini kerana masih banyak
lagi rahsia yang belum tersingkap.
Oleh itu penulis terpanggil untuk menyingkap kembali peristiwa di sebalik
kelahiran baginda Junjungan Besar s.a.w.
Sebenarnya banyak keajaiban yang berlaku sebelum kelahiran Nabi Muhammad
s.a.w.
Pertama, semasa Rasulullah s.a.w. berada di dalam kandungan bondanya,
Aminah, beliau tidak merasa susah sebagaimana dialami oleh ibu-ibu yang
hamil.
Kehamilannya disedari melalui perkhabaran malaikat yang datang kepadanya
ketika beliau sedang tidur. Malaikat mengatakan bahawa beliau telah
mengandungkan seorang Nabi dan Penghulu kepada seluruh umat manusia.
Selain itu kehamilannya ditandai dengan haidnya terputus dan berpindahnya
cahaya daripada wajah Abdullah ke wajahnya.
Kedua, ketika Nur Muhammad masuk ke dalam rahim Aminah, Allah memerintahkan
malaikat supaya membukakan pintu syurga Firdaus dan memberitahu semua
penghuni langit dan bumi.
Tanah-tanah di persekitaran kawasan tersebut yang kering menjadi
subur,pohon-pohon kayu rimbun dan berbuah lebat. Begitu juga haiwan-haiwan
di darat dan di laut sibuk membincangkannya.
Ketiga, peperangan tentera bergajah yang disebut di dalam al-Quran surah
al-Fil, datang menyerang kota Mekah. Ia diketuai oleh tentera bergajah
dengan menunggang seekor gajah besar bernama Mahmudi.
Apabila mereka hampir sampai ke tempat tersebut, gajah-gajah itu berhenti
dan berundur dengan izin Allah.
Namun demikian, sekumpulan burung Ababil datang menyerang dan menghancurkan
mereka sebagaimana yang disebut di dalam al-Quran. Peristiwa ini amat
menakjubkan dan diriwayatkan dalam kitab-kitab sejarah.
Keempat, Aminah turut mengalami mimpi yang menakjubkan. Beliau menadah
tangan ke langit dan melihat sendiri malaikat turun dari langit. Ia
diumpamakan kapas putih yang terapung di angkasa.
Kemudian malaikat tersebut berdiri di hadapannya. Ia berkata `Khabar
bahagia untuk saudara, wahai ibu daripada seorang nabi. Putera saudara itu
menjadi penolong dan pembebas manusia. Namakan dia Ahmad.”
Semasa kelahiran Nabi Muhammad s.a.w., Aminah ditemani Asiah dan Maryam.
Dalam hal ini ia merupakan satu isyarat bahawa Nabi Muhammad lebih tinggi
darjatnya daripada Nabi Isa dan Musa.
Keadaan ini diterangkan dalam kitab Taurat dan Injil bahawa akan datang
seorang nabi pada akhir zaman.

Semasa baginda dilahirkan, bondanya menyaksikan nur atau cahaya keluar dari
tubuh badan baginda. Cahaya tersebut menyinari sehingga ke Istana Busra di
Syria. Ia dilihat seolah-olah seperti anak panah bagaikan pelangi sehingga
dari jauh kota-kota tersebut dapat dilihat.
Ada juga yang berpendapat bahawa cahaya itu datang dan menerangi seluruh
dunia. Ini dapat dijelaskan oleh sumber-sumber Arab yang paling awal yang
menyatakan bahawa suatu cahaya terpancar dari rahim Aminah apabila baginda
dilahirkan.
Aminah sendiri melihat baginda dalam keadaan terbaring dengan dua tangannya
mengangkat ke langit seperti seorang yang sedang berdoa.Kemudian bondanya
melihat awan turun menyelimuti dirinya sehingga beliau mendengar sebuah
seruan “Pimpinlah dia mengelilingi bumi Timur dan Barat, supaya mereka
tahu dan dialah yang akan menghapuskan segala perkara syirik”.
Selepas itu awan tersebut lenyap daripada pandangan Aminah. Setengah
riwayat menyatakan nabi dilahirkan dalam keadaan memandang ke arah langit
sambil meletakkan tangannya ke tanah sebagai tanda ketinggian martabatnya
daripada semua makhluk.
Dikatakan juga pada malam kel ahiran baginda, berhala-berhala yang terdapat
di situ mengalami kerosakan dan kemusnahan.
Menurut riwayat daripada Abdul Mutalib, “Ketika aku sedang berada di
Kaabah, tiba-tiba berhala jatuh dari tempatnya dan sujud kepada Allah. Lalu
aku mendengar suara dari dinding Kaabah berkata, “telah lahir nabi pilihan
yang akan membinasakan orang kafir dan mensucikanku daripada
berhala-berhala ini dan akan memerintahkan penyembahan Yang Maha
Mengetahui.”
Selain itu di tempat yang lain pula satu goncangan berlaku di mahligai
Kisra dan menyebabkan mahligai tersebut retak, manakala empat belas tiang
serinya runtuh. Keadaan ini merupakan di antara tanda -tanda keruntuhan
kerajaan tersebut.
Namun, api di negara Parsi yang tidak pernah padam hampir selama seribu
tahun telah padam dengan sendirinya. Api tersebut merupakan api sembahan
orang-orang Majusi yang dianggap sebagai tuhan. Peristiwa itu amat
mengejutkan orang Parsi.
Dalam waktu yang sama, pada malam kelahiran baginda, Tasik Sava yang
dianggap suci tenggelam ke dalam tanah. Setelah baginda lahir, tembakan
bintang menjadi kerap sebagai tanda bahawa pengetahuan syaitan dan jin
mengenai perkara ghaib sudah tamat. Dalam riwayat yang sahih dan masyhur,
ketika baginda diasuh oleh
ibu susunya iaitu Halimatus Sa’diah, ladang-ladang Halimah kembali
menghijau setelah mengalami kemarau.
Begitu juga binatang ternakan seperti kambing mengeluarkan susu yang
banyak. Selain itu, Nabi tidak pernah diganggu walaupun oleh seekor lalat
termasuk juga pakaian baginda.
Halimah dan suaminya juga beberapa kali melihat tompokan awan kecil di atas
kepala melindungi baginda daripada panas matahari.
Ketika berusia empat tahun, sedang baginda bermain-main dengan saudara
susuannya, tiba-tiba datang malaikat mendekati baginda iaitu malaikat
Jibril dan Mikail.Lalu membelah dada baginda dan mengeluar kan segumpal
darah dan mencuci
gumpalan darah itu dengan salji. Ada yang meriwayatkan bahawa gumpalan
darah itu dicuci di dalam bejana emas dengan air zam-zam, lalu diletakkan
semula di tempatnya.
hal ini jelas diterangkan dalam surah Insyirah ayat 1 : Bukankah Kami telah
melapangkan dadamu (wahai Muhammad)?
Berdasarkan peristiwa tersebut jelaslah kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.
mempunyai keistimewaan tersendiri. Ini kerana baginda adalah khatamun
nubuwwah, penutup segala nabi.
Perkara -perkara luar biasa ini telah membuktikan kepada kita kemuliaan
baginda di sisi Allah, sekali gus sebagai bukti kerasulannya.
Di samping itu, bukti -bukti tersebut juga dijelaskan di dalam kitab kitab
terdahulu seperti kitab Taurat, Zabur dan Injil sebagai rasul yang terakhir

if all muslims know about this..

April 7th, 2005 by dzaki

Just to share something that is quite interesting….

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: Setelah
Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan Allah
menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara timur dan
barat (ada pendapat lain menyatakan 124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as
memandang dirinya sendiri dan berkata: "Wahai Tuhanku, adakah engkau
menciptakan makhluk yang lebih baik daripada aku?." Lalu Allah berfirman yang
bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada Allah
swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang bermaksud.
"Wahai Jibrail, kamu telah menyembah aku dengan ibadah yang
bersungguh-sungguh, dan tidak ada seorang pun yang menyembah kepadaku seperti
ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan datang seorang nabi yang
mulia yang paling aku cintai, namanya ‘Muhammad.’ Dia mempunyai umat yang
lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat
yang hanya sebentar sahaja, dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang,
fikiran mereka melayang bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka
demi kemuliaannKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih
sukai dari solatmu itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas perintahKu,
sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan kepada
mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermaksud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan syurga
Ma’waa sebagai tempat tinggal…" Kemudian Jibrail as meminta izin keada
Allah untuk melihat syura Ma’waa. Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah
SWT maka pergilah Jibrail as dengan mengembangkan sayapnya dan terbang,
setiap dia mengembangkan dua sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan
3000 tahun, terbanglah malaikat jibrail as selama 300 tahun sehingga ia
merasa letih dan lemah dan akhirnya dia turun singgah berteduh di bawah
bayangan sebuah pohon dan dia sujud kepada Allah SWT lalu ia berkata dalam
sujud: "Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya,
atau sepertiganya, atau seperempatnya?"

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu dapat
terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan kepadamu
seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti yang telah
kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh dari
beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan….."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan…

Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam bulan Ramadhan.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat
(yang lima waktu).
* Allah S.W.T telah menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam
semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

testing

April 7th, 2005 by dzaki

just testing…i think making blog is such a boring and waste job. but sumtimes it can be a place that u can release ur tension, put some gud info and so on..ok, gud luck to my self. just 2nd try to make a blog and enjoy with my life…